Barcelona hilang khidmat Adriano

BARCELONA - Barcelona sekali lagi mendapat tamparan hebat apabila pemain pertahanan mereka Adriano terpaksa direhatkan selama empat hingga enam minggu berikutan mengalami kecederaan otot ketika pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Rayo Vallecano dalam saingan Liga Sepanyol, semalam.
Pada perlawanan itu, Adriano terpaksa dikeluarkan pada minit ke-22 setelah tercedera ketika hendak membuat hantaran jauh dalam kawasan lawan.
Ketika ini barisan pertahanan Barcelona telah pun kehilangan kapten Carles Puyol untuk tempoh enam hingga 12 minggu selepas menjalani pembedahan lutut kanan buat kali kedua, Jumaat lalu.
Adriano pernah dibelenggu masalah kecederaan otot dalam beberapa musim lalu.
Barcelona yang mendahului saingan La Liga dengan kelebihan 13 mata dijadual menentang Paris Saint-Germain dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara pada minggu pertama April ini