Michael Owen umum bersara sejurus musim berakhir

LONDON 19 Mac - Bekas penyerang England, Michael Owen semalam mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada bola sepak profesional sejurus musim ini berakhir.
"Saya rasa inilah masanya untuk saya melabuhkan tirai karier saya," kata pemain berusia 33 tahun dalam laman web peribadianya.
Owen membuat penampilan pertama bersama Liverpool ketika berusia 17 tahun dan pernah bermain untuk Real Madrid, Newcastle United, Manchester United dan kini bersama Stoke City.
Pemain Terbaik Eropah pada 2001 mempunyai 89 cap bersama England, menjaringkan 40 gol tetapi kariernya mula merudum akibat dibelenggu kecederaan.